sapa-sapa yang suka makan nugget, ni alternatif yang sihat dan sangat sedap 🙂
Nuget Ayam Sayuran Buatan Sendiri
60m
Bahan-bahan
Arahan
1
Satukan isi peha ayam, lobak merah, brokoli, telur, serbuk roti, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan garam di dalam pengisar makanan. Kisar sehingga menjadi pes.
2
Di atas dulang, isikan pes di dalam penekap biskut. Keluarkan dari penekap dan ulang untuk kesemua pes. Bekukan pes ayam selama 2 jam.
3
Di dalam mangkuk, satukan kesemua bahan (B). Gaul sehingga sebati.
4
Panaskan minyak masak.
5
Salutkan nugget ayam dengan tepung gandum disusuli dengan bancuhan tepung (B).
6
Goreng nugget sehingga separuh masak dengan suhu yang panas. Tos dan sejukkan.
7
Goreng dengan api sederhana sehingga garing dan sedia untuk dihidang.
Ulasan
×
Bagi saya sedap... Anak2 suka sangat.... Rasa seakan2 nugget mcd tapi lebih power sebab kita buat sendiri... Anak2 puji betul mak dia pandai buat nugget dah sekarang... Terbaik la resepi ni 👍🏻👍🏻
Sedap dan menarik utk dicuba
Senang dan kegemaran ank2
sapa-sapa yang suka makan nugget, ni alternatif yang sihat dan sangat sedap :)