Ragout Cendawan dalam Puff Pastry
45m
Bahan-bahan
Arahan
1
Panaskan kuali leper besar di atas api sederhana.
2
Setelah panas, tambah secukup minyak zaitun untuk menutupi dasar kuali.
3
Tambah semua jenis cendawan dan tumis kira-kira 5 minit hingga kecut dan kuning-keemasan.
4
Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis selama 3 minit lagi hingga bawang besar menjadi lembut.
5
Tambah rasa dengan Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®.
6
Tuangkan air Perencah Pati Ayam TUMIX® dan krim putar. Masak hingga campuran dikurangkan sebanyak ¾.
7
Taburkan daun thyme cincang. Padam api dan biar menyejuk seketika.
8
Letak cendawan di atas puff pastry dan hidang.
9
Daun thyme boleh diganti dengan daun sup ataupun daun ketumbar.
×
Ulasan