Petua Di Dapur
Terkini

Apakah hidangan yang best nak makan pada Hari Malaysia?

Makanan kita bukan sekadar hidangan biasa, ia tercipta melalui kebijaksaan & kreativiti orang terdahulu dari pelbagai kaum dalam menggabungkan rempah serta bahan-bahan masakan dan ini menjadikan makanan kita sangat pelbagai. Makanan-makanan kita juga bukan sahaja sedap malah cukup menarik pandangan mata dengan warna-warnanya.. Gabungan seni dalam masakan ini menunjukkan kekayaan budaya dalam masakan kita.

Kempen Seni Dalam Rasa dicipta atas idea ni dengan menyatukan empat artis dari latar belakang berbeza iaitu Melayu, Cina, India, dan Malaysia Timur. Setiap artis menghasilkan ilustrasi yang mencerminkan tradisi makanan unik budaya mereka, menunjukkan betapa pelbagai dan meriahnya masakan Malaysia.

Setiap karya seni memberikan pandangan tentang warisan budaya artis, menonjolkan rasa dan tradisi yang menyatukan kita. Jom kita selami kisah-kisah unik di sebalik setiap artis:

(https://drive.google.com/file/d/16VbX8JgUs6DBwPCmCV0Rx7bwCHBIoLmF/view?usp=sharing )

Kempen Seni Dalam Rasa mengingatkan kita bahawa makanan dan seni saling berkait. Kisah negara kita diceritakan bukan hanya di muzium, tetapi juga di atas pinggan kita. Dengan mempamerkan empat perspektif artistik ini, kami berhasrat untuk menyatukan cinta rakyat Malaysia terhadap makanan dan budaya, menjadikan setiap hidangan sebagai sambutan terhadap kepelbagaian kita.

Dapatkan Tote Bag eksklusif ‘Seni Dalam Rasa’ dengan pembelian Merdeka Bundle set berharga RM15 , atau beli apa-apa produk Ajinomoto Malaysia bernilai RM15 dan ke atas di laman Shopee, Lazada dan smartcooking.com.my!

Terokai Rasa Malaysia: 4 Resipi Kebanggan Kita

Nasi Lemak: Sebuah hidangan klasik yang digemari oleh masyarakat Melayu, Nasi Lemak adalah nasi yang dimasak dengan santan, disajikan bersama sambal, ikan bilis goreng rangup, kacang tanah panggang, telur rebus, dan hirisan timun. Ia sering dianggap sebagai hidangan kebangsaan Malaysia.

Fish Head Noodles: Kegemaran masyarakat Cina-Malaysia, hidangan yang menyelerakan ini menampilkan potongan kepala ikan yang lembut direbus dalam kuah yang masam dan berkrim, bersama campuran mi dan sayur-sayuran yang menjadikannya hidangan yang mengenyangkan dan lazat.

Samosa: Snek popular dari komuniti India, samosa adalah bungkusan rangup berwarna keemasan yang diisi dengan campuran kentang pedas, kacang peas, dan kadangkala daging, memberikan letupan rasa dalam setiap gigitan.

Sarawak Laksa: Berasal dari Malaysia Timur, hidangan ini adalah gabungan harmoni rempah ratus, santan, dan asas asam jawa yang masam, disajikan bersama mi bihun, udang, ayam suwir, dan perahan limau. Ia adalah bukti sebenar keunikan rasa Sarawak.

Jom cuba resipi-resipi ini dan rasai kepelbagaian rasa dalam masakan negara kita. Setiap hidangan menceritakan sebuah kisah, menggabungkan rasa dan tradisi yang telah diwarisi turun-temurun.

Selamat memasak dan jom kita Raikan Hari Malaysia sepenuh hati!

Apakah hidangan yang best nak makan pada Hari Malaysia?