Health & Fitness
Health & Fitness

3 Resipi Sup Untuk Meningkatkan Kualiti Tidur Anda

Setiap orang mempunyai rutin tersendiri untuk membuatkan diri rasa dicintai; tidak kira dengan memanjakan diri, atau bersenam di gim. Namun, seringkali kita terlupa tentang satu perkara yang penting dalam rutin penjagaan diri, iaitu tidur! Tidur merupakan salah satu kunci utama bagi mengekalkan kesihatan yang baik.

Badan kita akan menjadi lebih kuat dan gembira setelah mendapat tidur yang secukupnya. Selain meningkatkan kesejahteraan diri, tidur juga dapat memperbaiki perasaan dan prestasi minda. Namun, bukan semua orang dapat tidur dengan mudah. Kadangkala setelah berpusing-pusing di atas katil, minda kita mungkin masih tidak tenang.

Syukur, ada penyelesaian yang cukup lazat untuk membawa anda pergi ke alam mimpi dengan mudah, dan ia adalah sup! Semangkuk sup yang panas dan sedap bukan sahaja menenangkan, tetapi ia juga dapat membantu anda untuk tidur. Jadi, kami telah sediakan tiga resipi sup yang anda boleh sediakan sebelum tidur. Bukan itu sahaja, kami juga akan kongsikan beberapa petua untuk menghasilkan sup yang cukup lazat untuk membuatkan anda berasa hebat! 

1. Sup Ayam

Penerangan: Sup Ayam bersama Rempah merupakan hidangan yang cukup menenangkan dan berperisa untuk memanaskan jiwa dan badan. Sup yang kaya dengan rempah ratus direbuskan bersama ayam, sayur-sayuran dan herba-herba yang menyegarkan. Anda akan mengalami keseimbangan rasa, aroma, dan sedikit pedas pada setiap suapan, yang akan membuatkan anda rasa sihat dan puas.

Bahan-bahan:

  • ¼  Ayam, dipotong
  • 1 sudu besar Minyak Masak
  • ½  batang Kulit kayu manis
  • 1 ½  biji Buah Pelaga
  • ½  biji Bunga Lawang
  • 2 biji Bawang Merah Kecil, dihiris nipis
  • ¼  biji Bawang Besar, dihiris nipis
  • 1 ulas Bawang Putih, dihiris nipis
  • ½  biji Lobak Merah, dipotong dadu
  • 1 biji Ubi Kentang, dipotong dadu
  • 250 ml Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • ¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
  • 1 sudu besar Saderi Cina, dicincang


Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang, gorengkan hingga naik bau.
  2. Kemudian tambahkan bawang merah, bawang besar dan bawang putih, tumiskan hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, air dan kacau, kemudian tutupkan periuk dan biarkan mereneh hingga separuh masak.
  4. Kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah dan masak hingga empuk.
  5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  6. Taburkan saderi cina.
  7. Sedia untuk dihidang.

2. Sup Ayam Air Kelapa

Penerangan: Sup Ayam Air Kelapa merupakan gabungan perisa yang menghidangkan kepingan ayam yang lembut dalam kuah rebusan kelapa, diperkaya dengan inti pati kurma merah Cina, halia dan beri goji kering. Gabungan ini menghasilkan keharmoni rasa lazat dan sedikit manis, bersama bahan-bahan yang menyegarkan. Ia adalah semangkuk sup yang menghangatkan jiwa dan membuatkan anda teringin untuk merasanya lagi.

Bahan-bahan:

  • 1 liter Air Kelapa
  • 1 liter Air
  • ½ Ayam, dibersihkan dan dipotong (anggaran 600 g)
  • 10 biji Kurma Merah Cina, dipotong separuh dan dibuang biji
  • 2 biji Halia, dihiris
  • 1 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
  • 10 g Beri Goji Kering, direndam dalam air hingga lembut 


Cara Penyediaan:

  1. Tuangkan air kelapa dan air dalam periuk dan biar mendidih.
  2. Masukkan ayam, kurma merah cina dan halia. Letakkan penutup kemudian masak selama 30 minit dengan api sederhana.
  3. Buangkan buih dan minyak yang timbul di atas semasa separuh masak.
  4. Perasa dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
  5. Masukkan beri goji dan biar mereneh selama 5 minit.
  6. Sedia untuk dihidang.

3. Sup Sayur Campur

Penerangan: Sup Sayur Campur merupakan hidangan campuran sayur-sayuran segar yang direbus dalam sup yang berperisa. Sup berkhasiat ini menggabungkan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti lobak merah, tomato, ubi kentang dan jagung manis. Sama ada dinikmati sebagai hidangan ringan atau pembuka selera, ini merupakan satu pilihan yang sihat dan menenangkan yang membuatkan anda rasa puas dan berkhasiat.

Bahan-bahan:

  • 150 g Jeruk Batang Sawi
  • 1 ½ liter Air
  • 500 g Ayam, dipotong kecil
  • 1 ½ biji Bawang besar, dipotong dadu
  • 1 biji Ubi Kentang, dipotong dadu
  • 1 biji Lobak Merah, dipotong dadu
  • 1 biji Jagung Manis, dipotong kecil
  • 3 biji Tomato, dipotong dadu
  • ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®


Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan jeruk batang sawi dan hiris nipis
  2. Tuangkan air ke dalam periuk.
  3. Masukkan kesemua bahan dan didihkan sehingga ayam masak.
  4. Keluarkan buih-buih dipermukaan sup.
  5. Sedia untuk dihidang.

3 Cara Melazatkan Sup Anda

Walaupun semangkuk sup yang menyelerakan dapat membantu anda untuk dapatkan tidur malam yang lena, kelazatannya juga penting. Berikut ialah tiga cara untuk melazatkan sup anda.

1. Jangan Kedekut Sayur

Sekiranya anda seorang yang menggemari sayur-sayuran, tidak perlu menahan diri daripada memenuhkan sup anda dengan pilihan nutrien yang kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksidan. Sayur-sayuran seperti bayam, lobak merah, ubi keledek, dan saderi bukan sahaja menambah rasa yang lazat, malah menyediakan banyak nutrien penting.

2. Bermain Dengan Perisa

Tingkatkan rasa sup anda dengan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus. Selain meningkatkan rasa, tambahan bahan-bahan ini dapat menurunkan paras gula dan kolesterol dalam darah, meningkatkan sistem imuniasi badan, dan meningkatkan fungsi otak.

3. Sup Yang Melenakan

Bagi menghasilkan sup yang dapat membantu anda untuk tidur dengan lena, gunakan bahan-bahan yang dapat mendorong untuk tidur. Bahan-bahan seperti kentang, ayam, dan bayam, yang tinggi triptofan, boleh merangsang pengeluaran hormon tidur melatonin. Apabila digabungkan bersama, unsur-unsur ini menghasilkan ramuan yang sempurna untuk mendorong tidur yang nyenyak.

Secara keseluruhannya, sup bukan sahaja menyenangkan, malah memberikan banyak manfaat. Bahan-bahan yang dipilih dengan teliti dalam sup, seperti sayur-sayuran, herba dan rempah ratus, bukan sahaja merangsang cita rasa tetapi juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang menggalakkan tidur yang lebih lena. Daripada meningkatkan sistem imun hingga mencetuskan hormon tidur melatonin, sup telah menjadi penyelesaian semula jadi dan berkesan untuk mencapai tidur yang lena. Jadi, apabila anda mendapati diri sukar untuk rehat pada waktu malam, anda boleh cuba untuk menghasilkan sup dan biarkan sifatnya yang menenangkan membimbing anda ke dalam tidur yang nyenyak dan menyegarkan.