Cooking duration: Kurang dari 10 min
Ayam Tapai Pedas
Bahan-bahan
Arahan
Perap ayam dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan AJI-SHIO® Lada Berperisa selama 5 minit.
Panaskan minyak dan minyak bijan dalam kuali, tumis bahan-bahan (B) hingga harum. Masukkan tapai dan ayam, kacau goreng hingga sebati.
Terus goreng hingga agak kering. JANGAN tambah air. Hias dengan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih.
Tapai Pulut
Susun daun pisang di dalam pengukus, kukus beras pulut pada suhu tinggi hingga separuh masak. Beras pulut sepatutnya dalam bentuk biji-biji. Biar menyejuk sepenuhnya.
Letakkan ragi di atas kertas kalis minyak. Gelek dengan roller hingga halus.
Setelah beras sejuk sepenuhnya, cedok ke dalam kaserol seramik, taburkan ragi dan kacau sekata. Tutup dan balut kaserol dengan kain, biar proses penapaian berlaku selama 2–3 hari.
Selepas 2–3 hari, buka kaserol dan bungkus tapai pulut dengan daun pisang individu ataupun bekas. Simpan dalam peti sejuk. Atau anda boleh simpan kaserol yang telah dipasang penutup ke dalam peti sejuk. Sedia dihidang atau digunakan dalam masakan.
Ulasan