• BAH
  • ENG
  • CHI
0
  • BAH
  • ENG
  • CHI
0
Signup / Login
  • Resipi
  • Tema Masakan
  • Perancangan Makanan
  • Produk
  • Istimewa untuk Ahli
  • Acara
  • Peraduan
  • Tip & Perkongsian
  • Resipi
  • Tema Masakan
  • Perancangan Makanan
  • Produk
  • Istimewa untuk Ahli
  • Acara
  • Peraduan
  • Tip & Perkongsian
  • BAH
  • ENG
  • CHI
0
Signup / Login

Kenapa Smart Cooking?

Smart Cooking bertujuan untuk membina komuniti yang menggalakkan pengguna menjalani gaya hidup pintar melalui makanan yang lazat lagi sihat. Sibuk atau tidak, semua orang berhak menceriakan hari-hari mereka dengan kebahagiaan hidup – makanan.

Melalui Smart Cooking, temui kemudahan dan keseronokan memasak resipi ringkas dan lazat serta petua gaya hidup sihat yang memberikan pengalaman makan yang lebih baik!

Kami ingin memberikan pengalaman makan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Sama seperti orang Jepun, kami juga ingin semua orang untuk menjalani kehidupan panjang yang dipenuhi dengan kecergasan dan keseronokan makanan yang enak.

Jom Jalani Hidup Pintar!

About Us

Ajinomoto (Malaysia) Berhad memulakan perniagaannya pada tahun 1961 sebagai pengeluar AJI-NO-MOTO® Monosodium Glutamat (MSG). Ia merupakan salah satu syarikat Jepun terawal yang ditubuhkan di Malaysia.
Semenjak itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah berkembang menjadi pengeluar perasa makanan dinamik yang memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad. Penambah perasa Umami AJI-NO-MOTO® telah menjadi bahan yang sangat diperlukan dalam hampir setiap rumah rakyat Malaysia.

Dipercayai kerana Kualiti

Ditubuhkan lebih 100 tahun yang lalu, kami masih mengekalkan penjagaan kualiti produk Ajinomoto pada tahap yang terbaik dan telah menyajikan rasa sedap kepada lebih 700 juta pengguna di seluruh.

Sesuai untuk apa jua masakan

Produk penambah perisa Ajinomoto sesuai digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan menjadikannya jenama wajib untuk dimiliki di setiap dapur.

Jimat dan mampu menjadikan hidangan lebih Lazat

Produk Ajinomoto adalah mampu milik dan ini dapat memberikan masyarakat kita terus menerus menikmati hidangan lazat setiap hari.

Rasa Sempurna & Keselamatan Dipercayai

Sebagai penambah perisa yang digunakan untuk memasak setiap hari, produk Ajinomoto ini telah mendapat pensijilan Halal dan disahkan selamat oleh FDA* dan ACS**.

*Pentadbiran Makanan dan Dadah AS
**Persatuan Kimia Amerika

Pensijilan Kami

Di setiap negara dan dalam semua yang kami lakukan, nama Ajinomoto mewakili melambangkan kualiti dan standard kesihatan bertaraf dunia.

MS 1500 Ref No: 1092-02/2004 Malaysian Standard on Halal Food General Requirements

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk keluaran Ajinomoto (Malaysia) Berhad sebagai Halal. Pensijilan “Halal” bukan sahaja mencerminkan kesesuaian untuk kegunaan orang Islam tetapi juga pemahaman yang mendalam tentang norma budaya tempatan.

ISO 9001:2015 Cerf No: QMS 00504 Quality Management Systems

Kami menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik untuk semua dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang selamat dan berkualiti tinggi. Komitmen penuh kami terhadap kualiti telah memberikan kami pensijilan ISO 9001:2015 oleh SIRIM.

MS 1480:2019 Cerf No: 53-A 4-01757 Food Safety according to Hazard Analysis and Critical Control Points System

Penekanan kami untuk terus memastikan produk kami selamat untuk dimakan telah memberikan kami pensijilan HACCP oleh Kementerian Kesihatan.

Komuniti Masakan Sihat Malaysia
Dikuasakan oleh Ajinomoto Malaysia
  • Tentang Kami
  • Polisi Peribadi
  • Polisi Membeli-belah & Pertukaran
Ikuti kami untuk pelbagai aktiviti menarik!
All rights reserved. AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD [Reg. No. 196101000252 (4295-W)]
  • Home
  • Recipes
  • Membership
  • Search
  • More
×

Subscribe to our newsletter

Be the first to get exclusive offers and the latest news on our product directly in your inbox

    ×