Kitchen Tips
What’s New

Makanan Cepat dan Berkhasiat untuk Sahur

Memasak untuk waktu Sahur boleh menjadi satu cabaran besar, terutamanya jika anda terlambat bangun. Namun, hidangan Sahur yang berkhasiat sangat penting untuk memastikan badan kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan. Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa resipi nasi goreng yang menarik serta tip mudah untuk membantu anda menyediakan Sahur dengan pantas dan menyelerakan!

Kenapa Sarapan Berkhasiat Penting Ketika Sahur?

  1. Mencegah Keletihan dan Dehidrasi
    Makanan yang betul boleh membantu mengurangkan rasa letih dan mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa. Pilihlah hidangan yang mengandungi sumber tenaga tahan lama seperti karbohidrat kompleks. Contohnya, nasi perang,  bijirin penuh, kekacang, kentang, dan ubi keledek.
  2. Kepentingan Hidangan Seimbang
    Hidangan Sahur seimbang adalah kunci untuk kekal aktif sepanjang hari. Pastikan ia mengandungi karbohidrat, protein, dan lemak sihat seperti nasi goreng yang ditambah dengan sayur-sayuran, telur atau protein dari daging dan tauhu.

Cara Penyertaan:

  1. Beli mana-mana Produk Seri-Aji® berjumlah RM 8 dan ke atas dalam 1 resit (termasuk 2 pek Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng). 
  2. Hantarkan penyertaan dengan gambar resit melalui smartcooking.com.my atau Whatsapp +6016 363 0118. 

Klik untuk sertai peraduan sekarang!

https://smartcooking.com.my/en/contest/seriajisahur2025/

Resipi Sahur: Sedap, Mudah & Lengkap!

Nasi Goreng Cepat & Berkhasiat

Nasi goreng merupakan hidangan Sahur yang klasik dan sangat sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan berkhasiat dalam masa yang singkat. Dengan kreativiti dan bahan-bahan mudah yang sedia ada di dapur, anda boleh mencipta pelbagai variasi nasi goreng yang lazat dan memuaskan. Mari kita lihat huraian bagi setiap jenis nasi goreng yang dicadangkan!

One Pot Nasi Sardin


👉 Resipi di sini

Hidangan ini sangat praktikal untuk Sahur kerana hanya memerlukan satu periuk. Sangat menjimatkan masa untuk memasak dan mencuci! Kombinasi nasi dengan sardin memberikan rasa yang unik, kaya dengan protein dan omega-3 untuk tenaga sepanjang hari. Selain digunakan dalam nasi, anda boleh perasakan ikan sardin dengan 1 sudu  besar Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung untuk perisa “Kampung Kaw”.

 

One Pot Nasi Ayam Tomato


👉 Resipi di sini
Hidangan ini menggabungkan rasa masam manis tomato dengan ayam yang lembut, mencipta gabungan rasa yang seimbang dan menyelertoakan. Dengan bantuan perencah Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam, rasa hidangan ini menjadi lebih lazat tanpa memerlukan banyak bahan tambahan. 

 

Nasi Goreng Kampung

 

👉 Resipi di sini
Untuk penggemar rasa tradisional, nasi goreng kampung adalah pilihan terbaik. Hidangan ini menggabungkan nasi bersama ikan bilis rangup, sambal belacan, dan sayur kangkung untuk memberikan rasa yang pedas dan beraroma. Dengan tekstur ikan bilis yang rangup dan rasa pedas dari sambal, hidangan ini pasti akan memuaskan selera anda di waktu Sahur. Gunakan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung untuk mempercepatkan proses penyediaan dengan rasa kampung yang cukup ‘kaw’.

 

Nasi Goreng Ayam Kunyit

 

👉 Resipi di sini
Hidangan ini adalah pilihan sempurna untuk penggemar ayam. Perap isi dada ayam bersama Seri-Aji® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna. Perencah yang diperkaya dengan campuran serbuk kunyit, rempah ratus terpilih, dan perasa asas menjadikan hidangan ini lebih berperisa. Cuba resipi ini untuk menghasilkan hidangan lengkap yang kaya dengan protein dan sesuai untuk memberi tenaga sepanjang hari.

 

Nasi Goreng Kicap

 

👉 Resipi di sini
Resipi ini sesuai untuk kanak-kanak dan sesiapa yang mahukan rasa yang lebih ringan tetapi tetap lazat. Nasi goreng kicap hanya memerlukan bahan asas seperti kicap, telur, dan kubis. Tambahkan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis untuk memperkayakan rasa tanpa memerlukan masa yang lama. Hidangan ini sangat sesuai untuk menyediakan Sahur yang mudah tetapi tetap mengenyangkan.

Waktu Sahur tidak perlu menjadi stres atau memakan masa. Dengan perancangan awal, resipi mudah, dan perencah yang praktikal seperti Seri-Aji®, anda boleh menyediakan Sahur yang cepat, berkhasiat, dan sedap! Jadikan tip dan resipi ini sebahagian daripada rutin Sahur anda untuk memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Selamat mencuba, dan semoga Sahur anda lebih mudah dan menyenangkan!